MENGENAI KAMI

PUSAT TUISYEN BESERI CEMERLANG (PTBC) ditubuhkan pada tahun 1987 sebagai satu syarikat persendirian sehingga sekarang.

PTBC ialah satu idea En Shardin bin Hj Salleh yang juga merupakan Pengarah Pengurusan Pusat Tuisyen Beseri Cemerlang. PTBC dimiliki dan dipandu oleh 100% bumiputera.

Semuanya bermula dalam tahun 1987 apabila En Shardin membuka pusat bimbingan balai baru bersama rakan-rakan guru sekolahnya. Dari satu permulaan yang rendah dalam tahun 1987, kini jumlah pelajar PTBC telah meningkat dan mendapat sambutan yang  mengalakan dari pelajar sekolah rendah mahu pun menengah   di seluruh Perlis
.
PTBC kini menpunyai tenaga kerja seramai hampir 25 orang  guru setahun serta panel soalan  yang  berkelulusan dan sangat berpengalaman. Kini bilangan pelajar yang mendaftar dengan PTBC hampir 300 orang setahun.

Kami melihat keperluan pendidikan dan kesedaran ibu bapa untuk pendidikan baik akan pasti menyokong pertumbuhan kita sebagai  menyokong niat anak mereka dalam pendidikan.