03 January 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Sesi pembelajaran baru telah bermula, satu lembaran baru buat anak-anak kita. Banyak perkara yang telah kita lalui sebelum sekolah dibuka. Pendaftaran, pembelian buku, alat tulis, baju seragam yang baru, mengurus pengangkutan dan pelbagai kelengkapan lainnya bagi memastikan anak-anak kita bersedia untuk menghadapi sesi persekolahan dengan mantap.
Saya ingin menarik perhatian tentang satu kajian oleh W.Edwards Deming, seorang ahli statistik Amerika yang telah memperkenalkan Total Quality Movement di Jepun dan seterusnya ke seluruh dunia. Kajian beliau selama 50 tahun menunjukkan setiap proses ada permulaan dan akhirnya. Apabila kita fokus pada 15% pada proses awal, yang dapat dijalankan dengan baik dan betul 85% lagi baki proses akan menuju ke arah hasil yang diharapkan. Dalam kata lain, 15% tindakan kita akan memberi kesan pada baki 85%  perkara yang kita lakukan.

Memulakan sesi baru pembelajaran dengan sikap yang baik, perancangan yang bersesuaian dan bimbingan awal, dapat memberikan impak yang baik secara keseluruhannya. Pemantauan awal kita dalam sesi baru pembelajaran anak-anak kita juga amat perlu untuk memastikan mereka bermula dengan baik.

Azam yang diikuti dengan objektif yang jelas, sebagai contohnya, mendapat 5A dalam UPSR berbanding lulus dalam UPSR juga dapat menghantarkan mesej yang jelas pada minda anak-anak kita. Perancangan pembelajaran diikuti dengan garis masa (time line) bukan saja dapat kita melihat perkembangan anak-anak kita, tetapi kita juga boleh mengambil tindakan yang perlu jika  tahap pembelajaran mereka statik.

Jadikan azam anak-anak kita satu manifestasi!!

0 comments:

Post a Comment