06 January 2011

Selamat Datang Ke Pusat Tuisyen Beseri Cemerlang


Pusat Tuisyen Beseri Cemerlang (PTBC) merupakan satu institusi pendidikan yang ditubuhkan dengan tujuan membantu para pelajar dalam pencapaian akademik peringkat sekolah rendah dan menengah. Dengan pengurusan yang berkualiti dan tutor yang berdedikasi dan berpengalaman, para pelajar diberikan pendekatan terbaik dalam pembelajaran mereka. Adalah menjadi harapan setiap ibu bapa mengimpikan anak-anak menempuh kehidupan dengan penuh kejayaan dimasa hadapan. Di pusat tuisyen beseri cemerlang, kami memainkan peranan yang penting bagi memastikan anak-anak ini dapat mencapai impian tersebut. Daftar segera dan jadilah warga PTBC hari ini!!!

05 January 2011

KEISTIMEWAAN PTBC

  • PTBC ditubuhkan sejak tahun 1987.
  • PTBC telah dikenali sebagai pusat tuisyen yang dihormati dengan rekod-rekod cemerlang pelajar dan terbukti.
  • Dikendalikan oleh guru-guru berpengalaman dan mendapat perakuan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.
  • 90% daripada pengajar ialah guru-guru sekolah kerajaan yang luas pengalaman mengajar.
  • 30% daripada mereka ialah panel dan pemeriksa untuk UPSR / PMR / kertas-kertas SPM.
  • PTBC sentiasa memberi penekanan mengenai disiplin pelajar.
  • Keputusan akademik yang cemerlang.
  • Mengunakan konsep kumpulan kecil bagi satu latihan dan perbincangan.
  • Yuran pendaftaran dan bulanan yang murah.
  • Persekitaran pembelajaran kondusif dengan bilik-bilik kelas yang luas dan selesa.
  • Mempunyai kemudahan surau, gerai makanan, dan ruang meletak kenderaan yg luas.
  • PTBC berada di tempat yang strategik dan berdekatan dengan kemudahan awam, kedai runcit, gerai makan dan pasar.

TERBUKTI BERKESAN

  • Tradisi pembelajaran berkesan sejak 22 tahun yang lalu. Buktinya, berkat usaha gigih pelajar dan komitmen guru serta sokongan padu ibu bapa, ramai pelajar tuisyen ini berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
  • Berdasarkan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran.
  • Kelas memfokuskan strategi belajar secara topikal, pendekatan menjawab soalan secara sistematik, tepat dan berkesan berdasarkan piawaian serta format kertas peperiksaan sebenar.
  • Proses pembelajaran secara gabung jalin antara perbincangan dan latihan.
  • Berorientasikan peperiksaan.
  • Dibimbing oleh guru berwibawa dan berpengalaman.

KURSUS YANG DITAWARKAN

UPSR : Bahasa Melayu (Pemahaman dan Penulisan), Bahasa Inggeris (Paper 1 dan Paper 2), Matematik dan Sains.

(Pendaftaran boleh dibuat secara pakej atau matapelajaran tunggal)

PMR : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains.
SPM : Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Akaun, Fizik, Kimia.

(Pendaftaran boleh dibuat secara pakej atau matapelajaran tunggal)


03 January 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Sesi pembelajaran baru telah bermula, satu lembaran baru buat anak-anak kita. Banyak perkara yang telah kita lalui sebelum sekolah dibuka. Pendaftaran, pembelian buku, alat tulis, baju seragam yang baru, mengurus pengangkutan dan pelbagai kelengkapan lainnya bagi memastikan anak-anak kita bersedia untuk menghadapi sesi persekolahan dengan mantap.
Saya ingin menarik perhatian tentang satu kajian oleh W.Edwards Deming, seorang ahli statistik Amerika yang telah memperkenalkan Total Quality Movement di Jepun dan seterusnya ke seluruh dunia. Kajian beliau selama 50 tahun menunjukkan setiap proses ada permulaan dan akhirnya. Apabila kita fokus pada 15% pada proses awal, yang dapat dijalankan dengan baik dan betul 85% lagi baki proses akan menuju ke arah hasil yang diharapkan. Dalam kata lain, 15% tindakan kita akan memberi kesan pada baki 85%  perkara yang kita lakukan.

Memulakan sesi baru pembelajaran dengan sikap yang baik, perancangan yang bersesuaian dan bimbingan awal, dapat memberikan impak yang baik secara keseluruhannya. Pemantauan awal kita dalam sesi baru pembelajaran anak-anak kita juga amat perlu untuk memastikan mereka bermula dengan baik.

Azam yang diikuti dengan objektif yang jelas, sebagai contohnya, mendapat 5A dalam UPSR berbanding lulus dalam UPSR juga dapat menghantarkan mesej yang jelas pada minda anak-anak kita. Perancangan pembelajaran diikuti dengan garis masa (time line) bukan saja dapat kita melihat perkembangan anak-anak kita, tetapi kita juga boleh mengambil tindakan yang perlu jika  tahap pembelajaran mereka statik.

Jadikan azam anak-anak kita satu manifestasi!!